RANTAU PANJANG: Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.
Unit berkenaan akan membantu Pasukan Gerakan Am, PGA, Pasukan Polis Marin dalam penugasan menjaga keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, Kelantan menerusi Op Wawasan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata, pihaknya telah menyediakan 6 ekor kuda bagi menggerakkan unit berkenaan dan menempatkan 15 anggotanya untuk berkawal di kawasan sempadan, bagi setiap operasi yang dijalankan.
Katanya, ini bagi meningkatkan pengawasan dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dengan lebih berkesan terutamanya bagi membanteras penyeludupan barangan terlarang termasuk dadah, senjata api dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Rentas Jambatan Endemik
"Kita mewujudkan unit berkuda yang akan memulakan rondaan di kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan, unit berkuda bermula di sepanjang kawasan sempadan dari Tumpat ke Rantau Panjang'" katanya
"Kuda lebih sesuai melalui kawasan berbukit, berbatu dan berhalangan dan inilah hasrat kerajaan mahu melihat sempadan negara tidak mudah dibolosi," katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Memperkasakan Kawalan Sempadan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Negeri Kelantan di pekan Rantau Panjang, di sini, semalam.
PDRM juga akan menambah sejumlah 30 ekor di seluruh negara untuk kegunaan unit tersebut.
"Sebanyak 6 ekor memulakan rondaan di Rantau Panjang. Ada penukaran jadual kuda untuk digunakan di kawasan sempadan.
"Kekuatan unit Berkuda dalam penugasan ini akan membabitkan 9 ekor kuda di 3 pangkalan unit berkuda PSP iaitu pangkalan di Cheras, Putrajaya dan Pangkalan Bukit Kiara. Penugasan ini dilaksanakan secara bergilir-gilir melibatkan 3 pangkalan tersebut," katanya.
Shafien berkata, selain unit berkuda pihaknya juga menempatkan 3 ekor anjing pengesan dari unit K9.
"Kita juga turut menggunakan K9 dan dron untuk memperkasakan kawalan di sempadan bermula dari Rantau Panjang hingga Tumpat," katanya
Penggunaan anjing pengesan itu turut membabitkan pemeriksaan di pintu masuk Kelantan, Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh.
"Penugasan dilakukan secara bergilir gilir di pintu sempadan dan sempadan Thailand- Kelantan dimana unit berkenaan memiliki strategi kawalan dan rondaan bagi mengesan penyeludupan dadah dan senjata api," jelasnya
"K9 boleh mengesan dadah sekalipun dalam tayar kenderaan. Hanya K9 yang mampu mengesan penyeludupan dadah dengan paling efektif. Kita akan gunakan unit ini di sempadan seperti di Gua Musang, Pasir Puteh, Jeli dan sempadan Thailand," katanya
Anjing pengesan yang ditempatkan di Kelantan adalah dari jenis " cadaver" (jenayah mengesan dadah, bahan letupan dan mayat), jenis Labrador dan German Sherpard.
Sementara itu, menurut Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kdnka, Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis (ACP), Rosman Kasma berkata, bagi baka kuda, yang digunakan adalah jenis baka German dan Arab.
"Kita gunakan unit berkuda ini untuk sempadan negara, setakat ini menerusi laporan yang diterima unit berkuda daripada operasi di kawasan Kedah dan Perlis (yang memulakan operasi rondaan sejak Januari lalu) menunjukkan positif dan amat berkesan," katanya
"Kalau kuda boleh kejar kalau nampak motor yang melintasi kawasan sempadan dengan mudah, pencegahan jenayah di kawasan bandar dan pekan boleh dilakukan secara efektif," katanya
Untuk rekod, sempadan Malaysia Thailand di Bukit Kayu Hitam, Perlis dan Wang Kelian Kedah mulai dibuka hari ini.
Bagaimana pun pintu sempadan di Kelantan membabitkan Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (ICIQ) di Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga Tanah Merah tidak dibuka.
Vivi Sumanti
Fri Apr 01 2022
6 ekor kuda disediakan bagi menggerakkan unit berkenaan. - Astro AWANI
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Unit berkuda PDRM mulakan tugas di sempadan Kelantan hari ini
Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.
Tambahan 60 ekor kuda bantu perkasa kawalan sempadan negara - Polis
Setakat ini, PDRM mempunyai sebanyak 40 ekor kuda sedia ada (di bawah Unit Berkuda FRU) bagi penugasan di seluruh negara.
Unit K9 dan berkuda antara yang ditempatkan untuk kawalan sempadan
Ia merupakan antara langkah dan kaedah baharu oleh Polis Kontinjen Kelantan dalam mengekang jenayah rentas sempadan.